Search

Apakah itu Lesen PSV e-Hailing

Anda mungkin antara lambakan masyarakat yang masih lagi tertanya-tanya tentang apakah itu PSV. Mungkin anda baru ingin mengorak langkah di dalam industri e-hailing, masih mencari-cari dan tertanya pelbagai bentuk soalan dari kami bukan?


Jangan bimbang, sila baca artikel blog kami agar anda lebih mudah fahami dan siap siaga untuk memasuki industri e-hailing yang bakal memberikan anda income lebihan yang anda inginkan.



Diatas adalah contoh lesen PSV yang diwartakan oleh JPJ bagi mereka yang ingin memandu kenderaan bagi industri e-hailing.


Lesen PSV adalah sejenis lesen pemanduan vokasional yang membolehkan pemegangnya untuk memandu sebarang jenis kenderaan yang digunakan untuk membawa penumpang bagi tujuan dagangan seperti e-hailing dan taxi. Anda boleh lihat jenis-jenis pekerjaan yang anda boleh ambil setelah mempunyai PSV.


PSV ada tulis Taxi, jadi saya boleh bawa taxi juga?


Oh tidak sama sekali!!! Kalau nak buat e-hailing dengan menggunakan kenderaan sendiri atau sewa dari kami, anda tidak termasuk dalam kategori Taxi. Ini kerana, taxi mempunyai jenis kenderaan dan standard warna tersendiri yang membezakannya. Jadi sebagai pemandu e-hailing, janganlah pula sesuka hati nak beratur di kaunter Taxi di kawasan KTM dan sebagainya pula ye! Marah abam taxi tu nanti ^_^


PERHATIAN!


Jangan salah faham, bahawa pemandu lori mempunyai PSV yang berlainan. Jadi bagi sesiapa yang pernah memandu Lori sebelum ini, pastikan anda tidak keliru akan PSV yang dipunyai oleh anda. Untuk memulakan pemanduan e-hailing, anda perlu ambil kembali Lesen baru PSV yang berlainan.



Berapa Kos Untuk Buat PSV?


Kos tertakhluk kepada jenis permintaan dari anda. Kos sebenar adalah sebanyak RM300 keatas jika anda telah lihat dari pusat memandu serata Malaysia. Tapi melalui kami, kami akan memberi diskaun untuk menyertai kursus dan peperiksaan untuk anda. Buat PSV dengan kami bagi menjamin lulus! Hah, macamana nak lulus tu? Tanya agen kami sekarang kalau nak informasi cara untuk pastikan anda lulus ujian.


Kami buat kursus PSV di Setia Alam. Kami juga sediakan tempat penginapan murah khas bagi yang datang jauh untuk hadiri kursus disini. Jadi anda tidak perlu risau, kami ini one-stop-center. Mudah dan Cepat! Jom daftar sekarang! Kenapa kena daftar laju-laju? Baik, baca infomasi seterusnya.

Berapa Lama Nak Siap PSV


Keseluruhan masa untuk siapkan PSV adalah selama satu minggu. Anda boleh mengikuti kursus kami setiap hari Isnin selama 6 Jam dan ujian pada hari Khamis. Jadi, sekiranya anda lulus pada hari Khamis, anda boleh terus ke JPJ untuk mengambil PSV.


PERHATIAN!


Pastikan anda telah menjalani saringan kesihatan yang diwajibkan bagi setiap pemandu e-hailing baru sebelum pergi ke JPJ. Kami sarankan anda terus buat saringan kesihatan sebelum hari peperiksaan bagi memudahkan urusan anda.


Kos pemeriksaan kesihatan bergantung kepada klinik swasta atau kerajaan. Selalunya sekitar RM30-RM50.


Baiklah, itu sahaja bagi soalan lazim mengenai PSV, jika anda ingin mengetahui lanjut tentang soalan-soalan lain, boleh layari blog kami yang lain juga. Selamat memulakan pemanduan.





0 views

© 2020 by Caracal By Euzmo Car Rental,

Caracal Car Rental e-Hailing Solutions

B-28-13, Seksyen U13, Jln Setia Dagang

AH U13/AH, Setia Alam, 40170

Shah Alam, Selangor, Malaysia.

contact@euzmo.com.my

all rights reserved 2020

GrabAuthorisedAlphaDriver_Logo_cs5-2.png

GRAB

Authorized Driver

Recruiter

Check out our Blog to get more updates!

Layari Blog kami untuk info terkini!

CLICK HERE

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon
  • Instagram
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now