Apakah itu Insurans Tambahan E-Hailing
Insurans e-hailing adalah tambahan kepada insurans motor persendirian anda. Ia memberi perlindungan untuk tugasan e-hailing bagi pemandu dan penumpang.
Insuran ini memberi perlindungan untuk tugasan harian e-hailing anda. Ini turut meliputi kehilangan atau kerosakan kenderaan, liabiliti untuk penumpang dan pihak ketiga, dan juga sebagai perlindungan kemalangan semasa anda sedang beroperasi sebagai pemandu e-hailing.

Bagaimana untuk mendapatkan insuran e-hailing.
Anda boleh menghubungi panel insuran anda untuk mendapatkan jadual pembayaran. Harga tertakhluk kepada usia insuran anda ketika anda ingin daftar, ia dalam sekitar RM400-RM480 setahun.
Anda juga boleh memohon bagi mendapatkan insuran harian e-hailing dari Grab, yang berharga RM1.33 (mungkin berubah di masa hadapan). Jumlah keseluruhan setahun akan menjadi sekitar RM478.80.
Mana satu insuran yang lebih baik? Dari Grab atau Dari panel insuran. Ia tertakhluk kepada anda. Ada sesetengah panel insuran memerlukan anda untuk bayar terus untuk setahun. Jadi anda diminta untuk hubungi panel insuran anda bagi mendapatkan kepastian.
Jika anda inginkan lebih banyak infomasi terkini jangan lupa untuk mengikuti page FB kami di: bit.ly/FBcaracalgrab
Selamat memandu!