Search

Berbaloi tak buat Grab dengan kereta sewa tahun 2020?

Tips! Pada tahun 2020, anda tidak perlu lagi penat lelah daftar di HQ Grab di Petaling Jaya. Anda boleh terus daftar Grab melalui kami. Kami adalah grab Alpha terpilih untuk pendaftaran pemandu Grab baru. Hubungi kami hari ini.



Masih belum ada PSV?


Daftar bersama kami untuk mendapatkan PSV segera! Soalan Bocor Diberikan!


100% Confirm Berjaya! Harga termurah di pasaran! Hubungi kami hari ini! Klik disini untuk mulakan pendaftaran PSV.






Dah tahun 2020 ni, berbaloi lagi ke nak sewa kereta untuk Grab? Boleh cover ke kos sewa dengan pemanduan harian?

Ini adalah soalan yang sering ditanyakan oleh ramai pemandu baru Grab apabila mereka ingin menyewa kereta untuk memulakan Grab. Sekarang pun sudah tahun 2020, kereta terbang masih belum ada, tapi kita masih perlu mencari jalan untuk meneruskan wawasan kehidupan kan?


Jawapan saya secara ringkas (lebih-lebih lagi yang malas baca tu, hmm bacalah sikit.. penting ni!)


YA! dan juga Tidak!


Eh kejap! macamana pula ya dan tidak? Ya! benar... sewaan kereta ini tertakhluk pada bagaimana anda ingin memulakan karier anda sebagai pemandu Grab. Mari lihat kenyataan saya yang lebih mendalam mengenai isu ini.


1. Pertama sekali, berapa jam sehari anda ingin memandu Grab?


Bagi mereka yang ingin menyewa, soalan yang paling penting sekali adalah, nak buat full time ke atau part time? Ini kerana, akan ada kos yang berjalan ketika anda menyewa kereta. Jika kos sewaan anda (nak mudah kira kita letak RM450/seminggu) adalah RM1800/sebulan, ini bermakna sehari kos anda adalah RM60. Anda perlu memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk memandu bagi membayar sewaan dan menjana income. Nak senang cakap, kalau anda buat part time, dan hanya bekerja selama 3-4 jam, satu jam anda boleh menjana minimum RM30 jadi kalau 4 jam baru RM120.. tolak minyak, toll, dan komisyen Grab anda tidak menjada lebih RM6/sehari.. ini belum kira kalau anda tidak bekerja setiap hari.


Jika anda menyewa untuk full time, anda boleh buat.. saya confident sebab bawah kami pun ada lebih kurang 2000+ pemandu berdaftar.. ye betul, 2000 pemandu yang berdaftar.. bukan sikit-sikit pendaftaran yang kami buat, dah banyak pemandu kami review tanya bagaimana pengalaman dan dugaan menjadi pemandu yang menyewa kereta. 97% bersetuju, jika anda memandu secara full time, iaitu minimum 8 jam sehari, anda pasti mampu menjana income yang baik! Ini kerana anda mampu meraih minimum RM250 sehari. Jika anda bekerja selama 6 hari seminggu, anda akan meraih pendapatan sebanyak RM 1500/ seminggu. Tolak kos (minyak, toll & komisyen Grab) anda bakal menjana minimum RM 1050/seminggu.. itu lebih kurang RM4k SEBULAN!


2. Area yang anda nak buat Grab sangat penting.


Jika anda nak buat area kampung, senang cakap.. jangan sewa.. jika anda nak buat area kawasan rumah sahaja, saya cadangkan buat Grab Food Bike..


Jika anda ingin berjaya memandu Grab dan meraih pendapatan tinggi, anda kena mahu berjalan jauh.. pergi ke kawasan bandar, KL terutamanya. Ini kerana, kawasan bandar lebih padat dan permintaan lebih banyak.. Kalau anda buat dekat area kampung, permintaan sangat rendah dan ia merugikan. Jika anda menetap di kawasan kampung, anda kena bergerak sedikit ke arah bandar dan buat Grab.


Melalui pengalaman kami, kerana ramai bertanyakan pada kami- kawasan bandar yang boleh menjana pendapatan yang baik adalah Kuala Lumpur, Klang Valley, Penang, Kuala Terengganu, dan Johor Bahru. Kawasan bandar lain seperti Ipoh mempunyai permintaan yang lebih rendah. "Hmm kami dah bagi tips yang ramai orang tak nak share tu" Jangan lupa share lah post kami ni ye... moga-moga bermanfaat pada semua :)


3. Buat dengan Alpha Grab yang menyediakan kereta sewa.


Seperti kami, kami adalah pendaftar sah Alpha Grab yang mendaftar pemandu baru, dan juga memberikan sewaan kereta pada rakyat jelata yang kami sayangi. Bukan cuba nak promosikan diri sendiri, ada sebab kenapa kami kata begitu.


Mungkin akan ramai yang tidak berpuas hati (lebih-lebih alpha driver kalau baca ni, ini bukan rujukan umum pukul semua, ini adalah review!). kebanyakan Alpha Grab diluar sana, hanya ingin bantu anda mendaftar sebagai pemandu baru, jika anda ingin menyewa, mereka akan sambungkan permintaan anda dengan syarikat kereta sewa dan makan komisyen dari situ. Ini menyebabkan ramai pemandu terbiar dan tidak dilatih untuk mejadi pemandu bijak yang mampu manjana duit yang baik. Asal siap kerja dah daftar, lepas tangan- ini perkara biasa.


Tetapi jika anda berdaftar dengan Alpha Driver sah yang mempunyai sistem sewaan sendiri, ia lebih terjamin kerana seperti kami, latihan dan sokongan berterusan amat penting bagi kami. Kejayaan pemandu baru akan menyebabkan mereka ingin menyewa lebih lama dengan syarikat justeru memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak (win-win situation). Bimbingan berterusan sangat penting di dalam pemanduan Grab. Ini kerana, anda bekerja sendiri tanpa ada orang yang melihat anda.

Bila kita bekerja sendiri tanpa ada dorongan, kita cenderung untuk patah semangat, dan mudah malas atau mengalah. Bila anda bekerja-sama didalam satu kumpulan, anda tidak mudah mengalah dan rasa berseorangan. Bimbingan dan latihan amat penting- percayalah!


Baiklah, sampai disini sahaja dahulu blog saya... saya ucapkan selama berpuasa kepada umat Islam, dan salam Ramadhan. Berhati-hati di jalan raya!



**Anda ingin memulakan pendaftaran Grab? Follow Facebook kami atau whatsapp kami hari ini. Kami sedia membantu!

0 views

© 2020 by Caracal By Euzmo Car Rental,

Caracal Car Rental e-Hailing Solutions

B-28-13, Seksyen U13, Jln Setia Dagang

AH U13/AH, Setia Alam, 40170

Shah Alam, Selangor, Malaysia.

contact@euzmo.com.my

all rights reserved 2020

GrabAuthorisedAlphaDriver_Logo_cs5-2.png

GRAB

Authorized Driver

Recruiter

Check out our Blog to get more updates!

Layari Blog kami untuk info terkini!

CLICK HERE

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon
  • Instagram
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now