Search

Apakah Itu EVP Kereta

EVP bermaksud E-hailing Vehicle Permit. Ia adalah salah satu perkara wajib dibawah penyeliaan APAD bagi anda memulakan perkhidmatan e-hailing kepada pelanggan anda.


Bagaiman untuk mendapatkan EVP kereta?


Anda tidak perlu risau, kami sebagai Alpha Driver akan berurusan dengan APAD dan Grab bagi mengeluarkan lesen EVP bagi kereta anda. Anda hanya perlu kemukakan beberapa lampiran penting seperti geran kereta, insuran ehailing dan juga insuran tahunan kereta anda.


Berbeza dengan orang lain, pengurusan kami akan terus berusaha untuk memastikan EVP anda keluar dengan secepat mungkin. Jika anda mendaftar sendiri melalui app, ia selalunya mengambil masa lebih dari 3 minggu untuk menyiapkan EVP anda. Melalui kami, kami akan memastikan EVP anda siap dan app anda boleh berkuatkuasa seawal 10 hari bekerja. Tetapi, ia mungkin sedikit lambat atau cepat, tertakhluk kepada pengurusan APAD.


Berapa harga EVP?


Kos EVP adalah berharga RM115. Kos ini akan diserap oleh pihak Grab untuk anda.



Diatas adalah contoh sticker yang wajib dipamerkan ketika anda ingin buat ehailing. Pastikan anda tampal, atau anda boleh dikenakan saman oleh pihak berkuasa.


Bagaimana anda ingin tamatkan EVP sekiranya anda tidak lagi memandu?


Anda boleh tamatkan EVP anda dengan menghubungi Grab bagi melakukan pembatalan EVP anda. Selalunya, orang akan bertanya kami mengenai ini jika mereka ingin menjual kereta.


Adakah saya kena pergi Puspakom setiap tahun?


Betul, anda perlu melakukan peperiksaan berkala setiap tahun dengan Puspakom jika anda ingin renew insuran anda. Jadi, pastikan anda telah melakukan pemeriksaan kenderaan sebelum hantar ke puspakom. Bagi memudahkan anda untuk menjalani pemeriksaan Puspakom dengan mudah dan tenang, anda boleh buat booking untuk ke Puspakom melalui website mereka. Jadi anda tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan khidmat mereka.


Juga pastikan, anda bawa pemadam api dan juga segi tiga di dalam bonet. Kami selalu mendapat info ramai mereka tidak tahu.


Jika anda merasakan servis Puspakom tahunan melecehkan, tak perlu risau. Hubungi kami, kami boleh lakukan untuk anda. Fee pun murah sahaja!


Jika anda ingin sentiasa mendapat update terbaru dari kami pastikan anda ikuti kami di FB page: https://bit.ly/FBcaracalgrab


Selamat memandu!

11 views

© 2020 by Caracal By Euzmo Car Rental,

Caracal Car Rental e-Hailing Solutions

B-28-13, Seksyen U13, Jln Setia Dagang

AH U13/AH, Setia Alam, 40170

Shah Alam, Selangor, Malaysia.

contact@euzmo.com.my

all rights reserved 2020

GrabAuthorisedAlphaDriver_Logo_cs5-2.png

GRAB

Authorized Driver

Recruiter

Check out our Blog to get more updates!

Layari Blog kami untuk info terkini!

CLICK HERE

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon
  • Instagram
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now